Thursday, 5 January 2017

JOURNEY OF LIFE

05.01.2017

Hi Assalamualaikum dear,
Ok harini 5 hb Mira nak cerita 'kisah kehidupan Mira meningkat remaja' .. Sape yang tak suke tu it's ok. Mira ok je...
Sesetengah pihak memang tak suke. Tapi Mira just nak share dgn korang.. 
Boleh ke tak pe ??? huhu .. :)

   Mira lahir pada 07 march tahun dot dot dot .. Mak kata Mira dilahirkan tak cukup gula dalam badan. Jadi Mira di masukkan dalam aqubator. Mira dijaga oleh nurse-nurse cantik situ.. yeaah!
Disebabkan lama sangat duduk dalam tu jadi kulit Mira pun dah macam berjemor tengah panas.
Ok nama Mira pulak mak dapat dari mimpi semasa mak tengah sarat mengandungkan Mira..

Maksud nama:
Cahaya ketua puteri nama ratu kejayaan sa'ba. (nama isteri Nabi Sulaiman a.s)

   Semasa Mira kecil mak kata Mira memang tak banyak menyusahkan orang. Mira lahir pun senyap tau .. huhu sampai mak ingat 'anak aku ni bisu ke?' 'tak tahu dia lapa ke idak ??' 
 'haus ke idak?' hahaha sadisss... Bila Mira dah besar sikit Mira ada ramai ayah angkat.. kenapa ayah angkat je eh?? ibu angkat tarak ?? hehe .. Sbb dorang tak de anak perempuan.

   Yeayyy!!! Mira dah 6 tahun. Sekolah lerrr.. Mira tadika KEMAS BUSTANUL ILMIAH. Ada 2 orang je cikgu.. Teacher Salina dengan Aunt Maznah. Ingat lagi time peperiksaan akhir tahun BROWN , Padankan warna dengan namanya.. haha yang ini berkali-kali Mira tuka. Cikgu Salina yang bagi jawapan bocor, tgok betapa sayang dia kat anak murid kesayangan ni uhhuhuh..
Masa tadika Mira la ketua rumah sukan, Mira la ketua menari tarian cina. Mira memang aktif kat sekolah. Haa nyaris lupe, masa tadika ada sorang mamat ni, rasa nye dia sorang je kot yang hensem boy dalam kelas Mira, cerdik pulak tu .. Nama dia rahsia laa... la la la. ramai kot yang minat kat dia. tapi mamat tu mcm tak de perasaan doh... hahaha. Sampai je waktu balik sekolah, berebut-rebut nak naik bas. Mira naik bas Cik Hamdan... Cik Hamdan ni dia buatt kerja dua dalam satu, menyambil dia bawak kami naik bas, dia akan buka plus nasi ... dalam tu adaaaaaaaa jengjengjeng...... ada ice cream Malaysia... huhu dia jual depan pintu bas, Haha kalau nak ingatkan balik zaman tadika satu buku pun tak habis cerita.. time pegi mandi-mandi kat KLCC pun macam-macam perangai kawan-kawan Mira. Pegi Zoo Negara tengok haiwan-haiwan. Sesi tamat tadika pun bermula. Hari Graduasi kat Dewan dot dot. Mira dapat banyak hadiah tau... time tu alah ape je bag, pensel, bekas pensel, warna pensel.. hihihi banyak tau Mira dapat.

   Ok sekarang Mira dah naik darjah satu. Mira dapat kelas pertama daripada 9 buah kelas. yeeayyy sama dengan mamat hensem tu. macam biasa dia kering jugak bhahaha memalukan. Sir Azlan, yaaa masih ingat lg nama dia. Sir pernah rotan Mira gune, tau tak meja sekolah dulu yang hujung meja boleh cabut pastu boleh jadi pembaris/rotan. peerrgghhhh.. dia libas kat tapak tangan sebab  tertinggal buku latihan je, melalak tak melalak la.. darjah satu kodd.. hehe tapi tak pe Sir Mira dah maafkan. Ada pengajaran tu. Lepas tu Mira melukis dengan air mata menitik-nitik. Tapi tak sangka lukisan Mira jadi HD. Sebabkan tu jugak la Mira dapat 'Anugerah Prestasi Meningkat Bahasa Inggeris'.

   Naik darjah 4 5 mula dah nak bercintan cinton huhu.. Mira ke sekolah masa tu tak bertudung, rambut memang panjang dan tebal. Budak-budak lelaki suke tarik rambut Mira.. hiisshh!! dah la tak pandai ikat rambut lagi.. dah serabai aku!! Cinta monyet pertama Mira darjah 5. Hahaha tak boleh bla.. Sekejap je tu tak smpai berapa minggu dah cerai talak 3. Kat sekolah rendah pulak Mira join semua acara,anjuran. 

Sukan, Acara, Anjuran kat sekolah rendah: 

*Bola Tampar
(Captain perempuan dan Mewakili DAerah Klang)

*Bola Jaring
(Mewakili Sekolah)

*Main Alat Muzik
 (Gamelan as a captain , Recorder) pernah main Gamelan hari Anugerah Kecemerlangan.

*Nasyid
 (Johan dan terpilih untuk persembahkan masa Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Guru)

*karaoke 
(Hari akhir sekolah)

*Koir

    Mesti banyak group kan masa sekolah dulu. Kitorang ada geng gedik, geng budak pandai, nerd, geng budak nakal, geng ponteng kelas.. Sekolah rendah ponteng sekolah tak de lagi la...huhu 
#takpandailagi. Masa bercinta zaman ni pulak lain cara nya. Kalau seorang lelaki sukakan seseorang straigh to the point je. Tak payah tunggu-tunggu kan dah melepas. Macam-macam cara dia buat untuk bagi Mira jeles. Padahal Kita tak tau pun dia suka kita.. hahaha.. Hingga Sekarang 2017 dia tunggu Mira even Mira taken. Kalau dah jodoh tak kemana.. yee idok ?? huhu. Darjah 6 Mira mula berjinak pakai tudung, tu pun makk ooii serabot gile tudung aku... hahaha. Darjah 6 cinta cinton Mira yang 
ke-2. Tapi sekarang dia dah anak sorang,. haha. Dulu dia playboy maklum laa mat jambu.. tak tahan eh! Tapi dia ada jemput family Mira datang hari bahagia dia. Mak dia siap cakap kat mak Mira lagi. 'kalau tak berbesan la kita Nor'. Hahaha benda yang lepas biarkan. Dia bukan jodoh kita. Ok UPSR Mira not bad la..

   Yuhuuu!! tingkatan satu sudah. Haa masa ni la Mira cerai talak 3 lagi dengan si kawin tadi tu. Datang seekor kumbang mendampingi ku... hehe.. Form 1 ? lagi la aku selebet!! Macam mane seniour terpikat dengan juniour ?? huhu. Stop kejap pasal cintan cinton ni. Start tingkatan satu semua anjuran Mira stop menarik nafas dari darjah 6 dah letih semua benda Mira masuk start semula tingkatan 2. Mira muladengan bola tampar. Terus dapat jadi captian perempuan selepas coach dapat tahu Mira bekas daerah dan pelbagai anjuran Bola Tampar Mira join baik dalam dan luar. 

   Tingkatan 3 Mira mula berjinak dengan Handball. First game handball dah dapat  main lopak padang. Dapat la tempat ke tiga. PMR Mira juga ok. Tak de gagal. Setelah penat hitamkan kulit, habis tenaga Mira dapat Achive Pelajar Harapan Sukan 2013 tingkatan 4. Masok tingkatan 5 Mira duduki SPM tapi Mira tetap bersukan. Mira dapat lagi Achive Tokoh Sukan 2014 dan Penolong Ketua Tingkatan Terbaik. Mira libatkan diri dengan Modeling Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 dan menjadi Captain Jejawat Persaraan Pengetua 2013. 

   Tamat la hari-hari sekolah.

   Nak sambung hari sambung belajar tapi macam penat je menaip ... Kalau nak tau cerita boleh Komen ye :*